Saturday, December 4, 2010

Walimatul urus...

Salam..

Alhamdulillah, pada 04 Disember 2010 bersamaan 28 Zulhijjah 1431 yakni hari Sabtu, En Mahbob (Ayah The Cool Boss) telah membuat satu majlis persandingan antara Rafiq(Abang The Cool Boss) dan Syukkuriah...

Majlis ini telah dilangsungkan di Dewan MBSA Seksyen 11, Shah Alam...Kesemua keluarga Trio Shisha telah membanting tulang membantu bagi melancarkan perjalanan majlis ini..Tetapi sy dan Acap(Designer) tak dapat menghadirkan diri ke majlis ini..

Tahniah kepada The Cool Boss kerana telah mendapat kakak ipar yang baru..hee~

Sekian~


We'll make you fly~~~

Thursday, December 2, 2010

New Flavor~~

Salam...

Sy bgtahu bahawa kami telah mempunyai satu flavor baru iaitu Honey Dew.. Untuk pengetahuan anda juga, flavor ni adalah flavor home made..

Stok flavor home made yg lain juga sudah kembali ada di booth kami... Jadi marilah ke Trio Shisha dan kami akan membuat anda terbang~~~!!!

Sekian...

We'll make you fly~~~

Tuesday, November 30, 2010

Seperti biasa~

Salam...

Dah lame rase nye sy x update blog ni...Sbb segalanya berlaku seperti biasa di booth...
Cume sejak kebelakangan ni pelanggan agak berkurangan kerana student UiTM pulang ke kampung halaman masing-masing...

Walaubagaimana pun, kami semua masih berniaga seperti biasa..Kami akan setia disini dan akan berusaha untuk berkembang maju di masa hadapan...InsyaAllah...


Sekian~

We'll make you fly~~~

Wednesday, November 24, 2010

Sambutan Besday Amin

Salam...

Kali ni sy nk berkongsi tentang satu sambutan mngejut yg telah dirancang oleh Ajim(Part Timer Assistant I) utk mnyambut Hari Lahir Amin(Part Timer Assistant II) pada Selasa(23.11.2010) lepas. Walaupun tarikh sebenar ulang tahunnya dah lepas,tp diatas semangat setiakawan, Ajim dah merancang sesuatu pada hari itu..

Pada mulanya sy x tahu pape mngenai rancangan tersebut,tetapi sebaik saja sy smp di booth trio pada pukul 9 mlm... Sy diberitahu oleh Khamsul(Engineer I) utk membeli tepung dan kunyit utk mengenakan Amin..

Ajim telah menyediakan kek manakala sy telah mnyediakan tepung dan kunyit bagi mngenakan Amin. Amin yg tiba di lokasi pada pukul 1o malam langsung tidak mengetahui segala yg telah dirancang..

Hanya pada 11.45mlm...Ajim, sy dan Khamsul mnyediakan kek dan menyalakan lilin..Kami datang dari belakang Amin sambil menyanyikan lagu hari jadi..Antara yang hadir pada saat itu adalah sy sendiri, Ejad(The Cool Boss), Khamsul(Engineer I), Rahman(Engineer II), Acap(Designer), Ajim(Part Timer Assistant I), Moshi, Munir dan yang pastinya mangsa kami iaitu Amin(Part Timer Assistant II)...

Amin sudah mula merasa tak sedap hati kerana kebiasaannya selepas aktiviti yg berkaitan dgn kek,pasti akan ada 1 sesi dimana aktiviti mengenakan 'besday boy'...Kami besungguh-sungguh meyakinkn Amin bahawa kek itu sajalah yg telah disediakan..

Kami menunggu sehingga pelanggan Saad Char Kuey Teow pulang, kerana kami sedar dan tahu bahawa peperangan yg bakal berlaku akn mnjadi sengit kerana Amin tak akan membiarkan hanya dirinya sahaja yg kotor.

Program bermula apabila Khamsul sengaja bergurau dan memeluk mangsa..Ajim memulakan serangan dgn menaburkan tepung pada mangsa dan disusuli beberapa serangan yg lain.. Mangsa melarikan diri ke dalam restoran untuk mengambil beberapa biji telur utk serang balas dan Khamsul antara yg terkena seranagn balas Amin.

Peperangan tersebut berlanjutan sehingga pukul 3 pg.. Sebaik sahaja kami selesai, dua orang pegawai polis melakukan rondaan di lokasi peperangan...Selepas Acap disoal siasat oleh pihak polis tersebut,barulah kami tahu bahawa penghuni yg tinggal berhampiran telah membuat laporan polis..

Alhamdulillah kerana tiada apa perkara yg tidak diingini berlaku...


Sekian,


We'll make you fly~~

Wednesday, November 17, 2010

Trip dan AidilAdha~~~

Salam Aidiladha...

Sy nk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kpd seluruh umat Islam dan kpd pembaca blog ni..Semoga semua rakyat Malaysia yg sedang mengerjakan haji di Makkah akan pulang dgn haji yg mabrur..InsyaAllah...

Untuk makluman semua,Restoran Saad Char Kuey Teow akn ditutup pada 17/11/2010 dan 19/11/2010 kerana sambutan Hari Raya AidilAdha. Oleh yg demikian, booth kami juga akan ditutup sepanjang tempoh berkenaan dan akan beroperasi semula pada Sabtu 20/11/2010...Harap Maklum!



Kali ni sy nk share psl trip yg kami buat pada 14 Nov 2010...The Cool Boss telah mmbuat cadangan utk memberikan kejutan Hari Lahir kpd Part Timer Assistant I iaitu pergi ke Pulau Pinang tnpa pengetahuan dia...Alhamdulillah,segalanya telah berjalan dgn lancar..Antara ahli-ahli yg mnyertai trip ni adalah sy sndiri,The Cool Boss, Engineer I, Part Timer Assistant II, Designer, Hannah dan Rahiman...


Perjalanan bermula dgn berkumpul dirumah The Cool Boss dan bergerak pada pukul 12.30pm..Kami hny berhenti di dua perhentian sahaja iaitu di Tapah dan Sungai Perak...Kami tiba di Pulau Pinang lebih kurang pukul 4.30pm dan kami diarah oleh Zuzu(Gf Part Timer Assistant I) utk menunggu beliau di Mc Donald Juru..



Zuzu smp lewat 10minit selepas kami tiba di lokasi...Selepas sedikit perbincangan tentang perancangan mlm itu,kami mengikut Zuzu ke Jusco Seberang Perai utk membeli mkanan dan peralatan utk BBQ pd malam itu..



Selesai membeli-belah,kami bergerak ke Batu Feringgi terlebih dahulu dan berjalan-jalan di night market yg terdapat disitu utk menunggu ketibaan Zuzu dan mangsa..Lebih kurang 1jam menunggu,The Cool Boss telah mendapat isyarat dari Zuzu supaya bersedia kerana beliau dan mangsa sedang mnghampiri kawasan...


Sementara mata mangsa masih tutup,kami bersedia di luar kereta dan kek juga disediakan utk kejutan...Apabila mata mangsa dibuka,........SUPRISE!!!!! Dan lagu Hari Jadi telah dinyanyikan oleh kami tanpa mengira keadaan kami yg berada ditepi jalan dan orang rmai yg melihat gelagat kami..Mangsa(Part Timer Assistant I) berlagak poyo dan mngatakan bahawa matanya silau...Tetapi ternyata mangsa terkejut melihat kelibat kami berada disana yakni di Pulau Pinang...

Kemudian kami pergi ke pantai utk sesi BBQ..Kami mengalami kesukaran utk mnyalakan api kerana ketiadaan fire starter. Setelah berhempas-pulas meniup dan mngipas,akhirnya arang kami terbakar dgn sempurna. Sementara Zuzu memanggang ayam,acap(designer) telah mengisi air dalam belon utk dibaling kpd mangsa...


Setelah kenyang mkn ayam dan mee goreng, projek menyerang mangsa pun bermula..belon yg berisi air telah dibaling bertubi-tubi oleh sy,Zuzu, Engineer I,Part Timer Assistant II dan Designer. Mangsa berlari mnyelamatkan diri sehingga kehujung pntai.Sewaktu mangsa mnyerang balas,sy telah mnyelamatkan diri bagi mengelakkan baju sy kotor.hehe~~ Selepas selesai pada pukul 3.00am,kami kerumah sewa Part Timer Assistant I utk bermalam disitu manakala Hannah kerumah Zuzu.

Keesokan harinya masing-masing bangun pukul 12pm..Kami telah merancang utk berjalan-jalan di sekitar pulau dan Part Timer Assistant I telah mncadangkan utk ke War Museum. Sebelum kami ke muzium,kami singgah ke Nasi Kandar Line Clear utk makan tgh ari wlaupun wktu ketika itu sudah pukul 3.oopm...


Setibanya kami di War Museum agak sunyi kerana hanya kami pengunjung yg berada di situ.Banyak pengetahuan sejarah yg kami peroleh sewaktu disini setelah melihat meriam-meriam lama, kami juga susuri terowong yg kecil dan gelap..Memang menarik!

Pengembaraan kami berakhir dalam sekitar pukul 6.30pm dan kami bersiap utk pulang ke Shah Alam...Pada pukul 10.00pm, kami memulakan perjalanan pulang dan Alhamdulillah tiada kejadian yg tidak diingini berlaku dan kami telah smp dgn selamat di Shah Alam lebih kurang pukul 03.00am...

Sekian coretan perjalanan kami..
(p/s: sy akn upload gmbar disana sebaik sahaja sy dpt kesemua gmbr)


We'll make you fly~~~

Thursday, November 11, 2010

Gambar crew Trio~~

Salam,

Pertama skali,sy mintak maaf sgt2 sbb sy da lame x update blog ni... Sy sgt sibuk dgn kerja sy sehingga tiada masa utk online dan update blog ni...

Okay,kali ni sy nak tunjuk picture stiap crew Trio Shisha ni...

Sy mulakan dgn:-


The Boss...



The Cool Boss...


Engineer I...

Engineer II...


Part Timer Assistant I...


Part Timer Assistant II...


Designer...

and Blogger...



Ade beberapa gmbr yg sy amek kat facebook mereka..maaf ya!

Anyway...Buat masa ni, ni je la yg sy post er... Ade lg post-post yg menarik akan menyusul nanti..


Sekian~


We'll make you fly~~~

Friday, November 5, 2010

Rahman on Leave~~~

Salam...

Engineer II(Fathur Rahman) akan bercuti bermula hari ini sehingga isnin kerana pulang ke kampung...The Cool Boss akan menemani Engineer I(Khamsul) di gerai sehingga kepulangan Engineer II..

Harini salah seorg sahabat merangkap pelanggan kami telah memesan shisha special dimana bottom nya menggunakan tembikai yg ditebuk...Di tambah pula dgn 9 pesanan shisha serentak..Tunggang terbalik The Cool Boss & Engineer I menyediakan segala pesanan yg diterima...Tetapi mereka masih cool & steady~~~

Suasana di hadapan Saad Char Quey Teow masih gelap disebabkan lampu jalan yg masih tidak berfungsi...

Sekian~~

We'll make you fly~~~

Wednesday, November 3, 2010

Bergelap...

Salam...

Sy mnta maaf kerana terlewat sehari utk update blog ni. Ini disebabkan takde idea utk meng'update' blog...

Pertama skali,sudah dua hari lampu jalan dihadapan Saad Char Quey Teow tidak menyala.. Jadi,suasana dihadapan kedai agak gelap.. Kasihan kpd pelanggan-pelanggan yg ingin menjamah mkanan mereka, tetapi advantage kpd psangan yg bcinta disebabkan suasana yg romantik.. :-)
Semoga pihak TNB/MBSA mengambil tindakan dengan membaiki lampu disini secepat mungkin...

Yang keduanya, ada seorang sahabat sy bertanya kpd sy tentang shisha, beliau berhasrat utk merasa shisha yg terbaik. Tanpa berfikir panjang dan segan silu, sy mengajak beliau dtg ke Shah Alam utk mncuba shisha di Trio Shisha.. Beliau sanggup datang ke Shah Alam daripada Kajang semata-mata utk merasa shisha disini. Alhamdulillah, berdasarkan feedback yg diberikan, beliau sgt berpuas hati dgn shisha kami dan akan kembali bersama rakan-rakannya dilain hari utk "terbang" di Trio Shisha...

Sekian


We'll make you fly~~~

Monday, November 1, 2010

Off day~~

Salam...


Hari ahad merupakan public holiday dimana kebanyakan pejabat di Malaysia akan bercuti, begitu juga dgn kami. Hari ini kami bercuti untuk memastikan crew kami mendapat rehat secukupnya.

Pada hari ini juga crew Trio Shisha telah berkumpul utk sesi perbincangan di sebuah lokasi sulit di Damansara. Sesi perbincangan ini dihadiri oleh The Boss, Engineer I dan Engineer II..The Cool Boss tidak dapat menghadiri sesi ini disebabkan beberapa urusan yg tidak dpt dielakkan.. Segala isi perbincangan adalah sulit dan tidak dapat di kongsi disini (sebab sy sendiri pun tak taw)...hehe~

Pada esok hari(Isnin) perniagaan kami akan bejalan seperti biasa.


Sekian~


We'll make you fly~~~ 


Sunday, October 31, 2010

Rahman kembali bertugas~

Salam...

Alhamdulillah, Engineer II(Fathur Rahman) sudah pulih.. Beliau dah kembali bertugas dan beliau nampak ceria... Kesemua crew Trio Shisha bekerja dgn ceria & semangat dan itulah spirit yg diperlukan!!!

Hasil peniagaan pada hari ini juga mencapai tahap yg memberangsangkan disebabkan terdapat siaran langsung beberapa perlawanan bola sepak yg menarik!

Hari ni juga merupakan Hari Lahir sahabat kami iaitu Saiful Rizal!! Kami telah merancang untuk mengenakan beliau, Alhamdulillah segalanya telah berjalan spt yg dirancangkan.. Beliau telah dilenjunkan dengan tanpa rasa bersalah oleh crew-crew Trio Shisha dan beberapa sahabat kami yang lain...
SELAMAT HARI LAHIR SAIFUL!!!!

Sekian~

We'll make you fly~~~


Saturday, October 30, 2010

Rahman on Medical Leave!!

Salam...

Semalam, suasana agak berbeza apabila orang kuat Trio Shisha, Fathur Rahman terpaksa mengambil cuti kerana tahap kesihatan yg tidak mengizinkan. Walaupun begitu, Enginer I (Khamsul) tidak bersendirian kerana designer kami dengan rela hati menggantikan Rahman yang bercuti.

The Cool Boss (Ruhaizad) juga tidak terkecuali apabila beliau turut membantu bagi mengelakkan sebarang masalah timbul. Beliau juga sanggup menolak tawaran utk bermain futsal hanya kerana memikirkan tanggungjawabnya keatas Trio Shisha.

Sy juga nk memaklumkan bahawa sy tidak dpt hadir ke booth semalam kerana ada sebab-sebab yang tak dpt dielakkan... Namun, diatas kerjasama yg telah diberikan, sy mendapat sedikit sebanyak maklumat daripada sumber-sumber yg boleh dipercayai, lalu sy muatkan dalam coretan blog ini berdasarkan maklumat yg diperolehi.


Sekian~


We'll make you fly~~~

Friday, October 29, 2010

Seperti biasa & Semangat!!!!

Salam...

Hari ni cuaca hujan renyai-renyai, walaupun restoran nampak lengang tetapi Alhamdulillah bisnes kami masih berjalan mcm biasa... Designer kami turut pun turun padang utk membantu perjalanan bisnes pada hari ni. Terima kasih diucapkan...

Semangat bekerja spt Rahman memang patut diikut sbb walaupun jari beliau luka dalam, tetapi beliau masih gagah utk bekerja spt biasa. Tambahan pula apabila beliau akan ditinggal buat sementara kerana The Cool Boss dan Khamsul bermain futsal. Itulah semangat kerja yg kami banggakan.."Forza" Fathur Rahman!!!

Tapi malangnya Rahman tidak sihat harini..Beliau muntah-muntah..Oleh itu, booth kami akan ditutup lebih awal disebabkan kesemua staff kami ingin bermain futsal...Maaf kepada pelanggan kami yg datang pada hari ini...

Sekian~



We'll make you fly~~~



Thursday, October 28, 2010

Crew Trio Shisha

Salam...

Tiba-tiba sy terpikir utk utk memperkenalkan crew-crew yg membanting tulang utk memajukan Trio Shisha ini..
Pada yg mmg dah kenal, takde msalah rasenye.. Tapi pada yg x knal, marilah berkenalan...

The Boss: Mohd Aizat
The Cool Boss: Ruhaizad
Engineer I: Khamsul
Engineer II: Rahman
Part timer Assistant I: Azim
Part timer Assistant II: Amin
Designer: Asyraf
Blogger: Rizal

Sebarang perubahan akan di "update" dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Sekian buat masa ini~

We'll make you fly~~~

Wednesday, October 27, 2010

Trio Shisha's T-Shirt! ;'D

Salam...

Kali ni sy nk meng"reveal"kan design baju utk Trio Shisha yg kami sayangi. Designer kami telah mereka 4 jenis design yang berbeza, akan tetapi Ruhaizad a.k.a The Cool Boss telah pun memilih salah 1 design.

Ni adalah antara design yg telah diilhamkan oleh designer kami:

Depan




Belakang




Dan ini adalah design yang telah dipilih oleh The Cool Boss:

Depan

Belakang

InsyaAllah dalam masa terdekat ni, T-Shirt sulung kami akan dilahirkan dan akn di pakai oleh staff kami..



Sekian,

We'll make you fly~~

Waktu Beroperasi...

Salam...

Okay, untuk pengetahuan anda, booth kami akan dibuka pada hari Isnin sehingga Sabtu dan akan beroperasi bermula pukul 8 malam sehingga restoran Saad Char Kuey Teow ini melabuhkan tirainya pada hari tersebut. Pada hari Ahad pula merupakan offday bagi memberi ruang untuk staff kami yang berdedikasi iaitu Khamsul dan Rahman untuk berehat dan melakukan aktiviti kegemaran mereka.

Jadi, kepada peminat-peminat shisha, datanglah ke booth kami dimana kami akan memuaskan anda dengan menyediakan perkhidmatan dan shisha yang terbaik.

Sebarang pertanyaan, silalah menghubungi mereka ditalian:

Ruhaizad : 017-3003662
Khamsul (wok) : 017-6800217


we'll make you fly~~~

Salam perkenalan~~~

Salam,

Akhirnya Trio Shisha telah melantik seorang blogger baru yang masih beginner dan masih didalam pemerhatian.Jadi identiti saya akan dirahsiakan buat sementara waktu ini.

Waktu ni sy just nk share psl flavor home made yg trio shisha miliki buat masa ini adalah sugus grape, redbull, extreme cocktail dan triple mint..

Ada sesetengah flavor ini akan menghasilkan rasa yang lebih menarik kalau di campurkan dengan flavor Al-Fakher ready made...

Sekian buat masa ini...


we'll make you fly~~~

Wednesday, June 23, 2010

Bong baru!!!!

Alhamdulillah..
Kami telah mendapat 4 bong atau botol shisha baru!!
Diatas penelitian yang telah diberi selama ini, dan juga peminat kami yang semakin bertambah dari hari ke hari, kami telah membeli 4 bong baru untuk para pelanggan dan peminat kami!

Juga, dengan hasil kajian daripada Aizat dan Khamsul, dan juga cadangan2 daripada anda semua, kami bakal mengeluarkan special flavour baru!!
Harap anda semua dapat bersabar.
Nantikan kemunculannya!!

;'D

Tuesday, June 22, 2010

Kepenatan!

Alhamdulillah..

Walaupon hari nie ramai ahli Trio Shisha bermain futsal, namun, shisha kami tetap berjalan!
Dengan bantuan dan kerja keras oleh Ajeem ngan Man, banyak juga pelanggan yang hadir malam ini. Semua botol telah digunakan dan ada yang sanggup menunggu! Namun, Ajeem dan Man sedaya upaya memberikan anda yang terbaik!

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir.

Insyaallah, Jumaat ini, kumpulan bikers Yamaha FZ150i akan hadir untuk memeriahkan lagi majlis!

Harap anda semua amat berpuas hati!
=')

Sunday, June 20, 2010

Ramai fans di Facebook!!

Okay..

Semenjak Trio Shisha ditubuhkan, fans kami semakin hari semakin meningkat.
Dan setelah Facebook Trio Shisha diwujudkan, fan2 di Facebook kini hampir mencecah 1000 org!
Harap2 followers blog kami juga akan bertambah.

;'D

Kami juga berharap pelanggan2 kami juga tidak putus2 dan semakin bertambah dari hari ke hari.
Kami akan berusaha yang terbaik untuk memberikan anda semua yang terbaik!!

=')

New "tapak"!

Okay2..
Dah malas nak speaking dah.

Haa...
Kitorang dah ada tapak baru, so korang leh la datang ramai2!
Ajak member2, aweks2, boyfren2, adik-beradik, sepupu-sepapat, kaum kerabat dan rasailah Shisha kami sambil makan Char Kuey Teow atau lepak2 minum2 sambil tengok bola~

Bawah ni ada link untuk ke kedai Saad Char Kuey Teow.



Hello Bloggers!

Haha!

This is our first attempt on making our own blog!

We are currently trying to widen our Shisha.

Hope you guys will be calm and patient for our upcoming posts and events and updates for this blog.

For the time being, do have a look at our Facebook page~
Search for 'Trio Shisha'.

Thank you!

=')