Wednesday, November 17, 2010

Trip dan AidilAdha~~~

Salam Aidiladha...

Sy nk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kpd seluruh umat Islam dan kpd pembaca blog ni..Semoga semua rakyat Malaysia yg sedang mengerjakan haji di Makkah akan pulang dgn haji yg mabrur..InsyaAllah...

Untuk makluman semua,Restoran Saad Char Kuey Teow akn ditutup pada 17/11/2010 dan 19/11/2010 kerana sambutan Hari Raya AidilAdha. Oleh yg demikian, booth kami juga akan ditutup sepanjang tempoh berkenaan dan akan beroperasi semula pada Sabtu 20/11/2010...Harap Maklum!



Kali ni sy nk share psl trip yg kami buat pada 14 Nov 2010...The Cool Boss telah mmbuat cadangan utk memberikan kejutan Hari Lahir kpd Part Timer Assistant I iaitu pergi ke Pulau Pinang tnpa pengetahuan dia...Alhamdulillah,segalanya telah berjalan dgn lancar..Antara ahli-ahli yg mnyertai trip ni adalah sy sndiri,The Cool Boss, Engineer I, Part Timer Assistant II, Designer, Hannah dan Rahiman...


Perjalanan bermula dgn berkumpul dirumah The Cool Boss dan bergerak pada pukul 12.30pm..Kami hny berhenti di dua perhentian sahaja iaitu di Tapah dan Sungai Perak...Kami tiba di Pulau Pinang lebih kurang pukul 4.30pm dan kami diarah oleh Zuzu(Gf Part Timer Assistant I) utk menunggu beliau di Mc Donald Juru..



Zuzu smp lewat 10minit selepas kami tiba di lokasi...Selepas sedikit perbincangan tentang perancangan mlm itu,kami mengikut Zuzu ke Jusco Seberang Perai utk membeli mkanan dan peralatan utk BBQ pd malam itu..



Selesai membeli-belah,kami bergerak ke Batu Feringgi terlebih dahulu dan berjalan-jalan di night market yg terdapat disitu utk menunggu ketibaan Zuzu dan mangsa..Lebih kurang 1jam menunggu,The Cool Boss telah mendapat isyarat dari Zuzu supaya bersedia kerana beliau dan mangsa sedang mnghampiri kawasan...


Sementara mata mangsa masih tutup,kami bersedia di luar kereta dan kek juga disediakan utk kejutan...Apabila mata mangsa dibuka,........SUPRISE!!!!! Dan lagu Hari Jadi telah dinyanyikan oleh kami tanpa mengira keadaan kami yg berada ditepi jalan dan orang rmai yg melihat gelagat kami..Mangsa(Part Timer Assistant I) berlagak poyo dan mngatakan bahawa matanya silau...Tetapi ternyata mangsa terkejut melihat kelibat kami berada disana yakni di Pulau Pinang...

Kemudian kami pergi ke pantai utk sesi BBQ..Kami mengalami kesukaran utk mnyalakan api kerana ketiadaan fire starter. Setelah berhempas-pulas meniup dan mngipas,akhirnya arang kami terbakar dgn sempurna. Sementara Zuzu memanggang ayam,acap(designer) telah mengisi air dalam belon utk dibaling kpd mangsa...


Setelah kenyang mkn ayam dan mee goreng, projek menyerang mangsa pun bermula..belon yg berisi air telah dibaling bertubi-tubi oleh sy,Zuzu, Engineer I,Part Timer Assistant II dan Designer. Mangsa berlari mnyelamatkan diri sehingga kehujung pntai.Sewaktu mangsa mnyerang balas,sy telah mnyelamatkan diri bagi mengelakkan baju sy kotor.hehe~~ Selepas selesai pada pukul 3.00am,kami kerumah sewa Part Timer Assistant I utk bermalam disitu manakala Hannah kerumah Zuzu.

Keesokan harinya masing-masing bangun pukul 12pm..Kami telah merancang utk berjalan-jalan di sekitar pulau dan Part Timer Assistant I telah mncadangkan utk ke War Museum. Sebelum kami ke muzium,kami singgah ke Nasi Kandar Line Clear utk makan tgh ari wlaupun wktu ketika itu sudah pukul 3.oopm...


Setibanya kami di War Museum agak sunyi kerana hanya kami pengunjung yg berada di situ.Banyak pengetahuan sejarah yg kami peroleh sewaktu disini setelah melihat meriam-meriam lama, kami juga susuri terowong yg kecil dan gelap..Memang menarik!

Pengembaraan kami berakhir dalam sekitar pukul 6.30pm dan kami bersiap utk pulang ke Shah Alam...Pada pukul 10.00pm, kami memulakan perjalanan pulang dan Alhamdulillah tiada kejadian yg tidak diingini berlaku dan kami telah smp dgn selamat di Shah Alam lebih kurang pukul 03.00am...

Sekian coretan perjalanan kami..
(p/s: sy akn upload gmbar disana sebaik sahaja sy dpt kesemua gmbr)


We'll make you fly~~~

No comments:

Post a Comment