Tuesday, November 30, 2010

Seperti biasa~

Salam...

Dah lame rase nye sy x update blog ni...Sbb segalanya berlaku seperti biasa di booth...
Cume sejak kebelakangan ni pelanggan agak berkurangan kerana student UiTM pulang ke kampung halaman masing-masing...

Walaubagaimana pun, kami semua masih berniaga seperti biasa..Kami akan setia disini dan akan berusaha untuk berkembang maju di masa hadapan...InsyaAllah...


Sekian~

We'll make you fly~~~

Wednesday, November 24, 2010

Sambutan Besday Amin

Salam...

Kali ni sy nk berkongsi tentang satu sambutan mngejut yg telah dirancang oleh Ajim(Part Timer Assistant I) utk mnyambut Hari Lahir Amin(Part Timer Assistant II) pada Selasa(23.11.2010) lepas. Walaupun tarikh sebenar ulang tahunnya dah lepas,tp diatas semangat setiakawan, Ajim dah merancang sesuatu pada hari itu..

Pada mulanya sy x tahu pape mngenai rancangan tersebut,tetapi sebaik saja sy smp di booth trio pada pukul 9 mlm... Sy diberitahu oleh Khamsul(Engineer I) utk membeli tepung dan kunyit utk mengenakan Amin..

Ajim telah menyediakan kek manakala sy telah mnyediakan tepung dan kunyit bagi mngenakan Amin. Amin yg tiba di lokasi pada pukul 1o malam langsung tidak mengetahui segala yg telah dirancang..

Hanya pada 11.45mlm...Ajim, sy dan Khamsul mnyediakan kek dan menyalakan lilin..Kami datang dari belakang Amin sambil menyanyikan lagu hari jadi..Antara yang hadir pada saat itu adalah sy sendiri, Ejad(The Cool Boss), Khamsul(Engineer I), Rahman(Engineer II), Acap(Designer), Ajim(Part Timer Assistant I), Moshi, Munir dan yang pastinya mangsa kami iaitu Amin(Part Timer Assistant II)...

Amin sudah mula merasa tak sedap hati kerana kebiasaannya selepas aktiviti yg berkaitan dgn kek,pasti akan ada 1 sesi dimana aktiviti mengenakan 'besday boy'...Kami besungguh-sungguh meyakinkn Amin bahawa kek itu sajalah yg telah disediakan..

Kami menunggu sehingga pelanggan Saad Char Kuey Teow pulang, kerana kami sedar dan tahu bahawa peperangan yg bakal berlaku akn mnjadi sengit kerana Amin tak akan membiarkan hanya dirinya sahaja yg kotor.

Program bermula apabila Khamsul sengaja bergurau dan memeluk mangsa..Ajim memulakan serangan dgn menaburkan tepung pada mangsa dan disusuli beberapa serangan yg lain.. Mangsa melarikan diri ke dalam restoran untuk mengambil beberapa biji telur utk serang balas dan Khamsul antara yg terkena seranagn balas Amin.

Peperangan tersebut berlanjutan sehingga pukul 3 pg.. Sebaik sahaja kami selesai, dua orang pegawai polis melakukan rondaan di lokasi peperangan...Selepas Acap disoal siasat oleh pihak polis tersebut,barulah kami tahu bahawa penghuni yg tinggal berhampiran telah membuat laporan polis..

Alhamdulillah kerana tiada apa perkara yg tidak diingini berlaku...


Sekian,


We'll make you fly~~

Wednesday, November 17, 2010

Trip dan AidilAdha~~~

Salam Aidiladha...

Sy nk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kpd seluruh umat Islam dan kpd pembaca blog ni..Semoga semua rakyat Malaysia yg sedang mengerjakan haji di Makkah akan pulang dgn haji yg mabrur..InsyaAllah...

Untuk makluman semua,Restoran Saad Char Kuey Teow akn ditutup pada 17/11/2010 dan 19/11/2010 kerana sambutan Hari Raya AidilAdha. Oleh yg demikian, booth kami juga akan ditutup sepanjang tempoh berkenaan dan akan beroperasi semula pada Sabtu 20/11/2010...Harap Maklum!



Kali ni sy nk share psl trip yg kami buat pada 14 Nov 2010...The Cool Boss telah mmbuat cadangan utk memberikan kejutan Hari Lahir kpd Part Timer Assistant I iaitu pergi ke Pulau Pinang tnpa pengetahuan dia...Alhamdulillah,segalanya telah berjalan dgn lancar..Antara ahli-ahli yg mnyertai trip ni adalah sy sndiri,The Cool Boss, Engineer I, Part Timer Assistant II, Designer, Hannah dan Rahiman...


Perjalanan bermula dgn berkumpul dirumah The Cool Boss dan bergerak pada pukul 12.30pm..Kami hny berhenti di dua perhentian sahaja iaitu di Tapah dan Sungai Perak...Kami tiba di Pulau Pinang lebih kurang pukul 4.30pm dan kami diarah oleh Zuzu(Gf Part Timer Assistant I) utk menunggu beliau di Mc Donald Juru..



Zuzu smp lewat 10minit selepas kami tiba di lokasi...Selepas sedikit perbincangan tentang perancangan mlm itu,kami mengikut Zuzu ke Jusco Seberang Perai utk membeli mkanan dan peralatan utk BBQ pd malam itu..



Selesai membeli-belah,kami bergerak ke Batu Feringgi terlebih dahulu dan berjalan-jalan di night market yg terdapat disitu utk menunggu ketibaan Zuzu dan mangsa..Lebih kurang 1jam menunggu,The Cool Boss telah mendapat isyarat dari Zuzu supaya bersedia kerana beliau dan mangsa sedang mnghampiri kawasan...


Sementara mata mangsa masih tutup,kami bersedia di luar kereta dan kek juga disediakan utk kejutan...Apabila mata mangsa dibuka,........SUPRISE!!!!! Dan lagu Hari Jadi telah dinyanyikan oleh kami tanpa mengira keadaan kami yg berada ditepi jalan dan orang rmai yg melihat gelagat kami..Mangsa(Part Timer Assistant I) berlagak poyo dan mngatakan bahawa matanya silau...Tetapi ternyata mangsa terkejut melihat kelibat kami berada disana yakni di Pulau Pinang...

Kemudian kami pergi ke pantai utk sesi BBQ..Kami mengalami kesukaran utk mnyalakan api kerana ketiadaan fire starter. Setelah berhempas-pulas meniup dan mngipas,akhirnya arang kami terbakar dgn sempurna. Sementara Zuzu memanggang ayam,acap(designer) telah mengisi air dalam belon utk dibaling kpd mangsa...


Setelah kenyang mkn ayam dan mee goreng, projek menyerang mangsa pun bermula..belon yg berisi air telah dibaling bertubi-tubi oleh sy,Zuzu, Engineer I,Part Timer Assistant II dan Designer. Mangsa berlari mnyelamatkan diri sehingga kehujung pntai.Sewaktu mangsa mnyerang balas,sy telah mnyelamatkan diri bagi mengelakkan baju sy kotor.hehe~~ Selepas selesai pada pukul 3.00am,kami kerumah sewa Part Timer Assistant I utk bermalam disitu manakala Hannah kerumah Zuzu.

Keesokan harinya masing-masing bangun pukul 12pm..Kami telah merancang utk berjalan-jalan di sekitar pulau dan Part Timer Assistant I telah mncadangkan utk ke War Museum. Sebelum kami ke muzium,kami singgah ke Nasi Kandar Line Clear utk makan tgh ari wlaupun wktu ketika itu sudah pukul 3.oopm...


Setibanya kami di War Museum agak sunyi kerana hanya kami pengunjung yg berada di situ.Banyak pengetahuan sejarah yg kami peroleh sewaktu disini setelah melihat meriam-meriam lama, kami juga susuri terowong yg kecil dan gelap..Memang menarik!

Pengembaraan kami berakhir dalam sekitar pukul 6.30pm dan kami bersiap utk pulang ke Shah Alam...Pada pukul 10.00pm, kami memulakan perjalanan pulang dan Alhamdulillah tiada kejadian yg tidak diingini berlaku dan kami telah smp dgn selamat di Shah Alam lebih kurang pukul 03.00am...

Sekian coretan perjalanan kami..
(p/s: sy akn upload gmbar disana sebaik sahaja sy dpt kesemua gmbr)


We'll make you fly~~~

Thursday, November 11, 2010

Gambar crew Trio~~

Salam,

Pertama skali,sy mintak maaf sgt2 sbb sy da lame x update blog ni... Sy sgt sibuk dgn kerja sy sehingga tiada masa utk online dan update blog ni...

Okay,kali ni sy nak tunjuk picture stiap crew Trio Shisha ni...

Sy mulakan dgn:-


The Boss...



The Cool Boss...


Engineer I...

Engineer II...


Part Timer Assistant I...


Part Timer Assistant II...


Designer...

and Blogger...



Ade beberapa gmbr yg sy amek kat facebook mereka..maaf ya!

Anyway...Buat masa ni, ni je la yg sy post er... Ade lg post-post yg menarik akan menyusul nanti..


Sekian~


We'll make you fly~~~

Friday, November 5, 2010

Rahman on Leave~~~

Salam...

Engineer II(Fathur Rahman) akan bercuti bermula hari ini sehingga isnin kerana pulang ke kampung...The Cool Boss akan menemani Engineer I(Khamsul) di gerai sehingga kepulangan Engineer II..

Harini salah seorg sahabat merangkap pelanggan kami telah memesan shisha special dimana bottom nya menggunakan tembikai yg ditebuk...Di tambah pula dgn 9 pesanan shisha serentak..Tunggang terbalik The Cool Boss & Engineer I menyediakan segala pesanan yg diterima...Tetapi mereka masih cool & steady~~~

Suasana di hadapan Saad Char Quey Teow masih gelap disebabkan lampu jalan yg masih tidak berfungsi...

Sekian~~

We'll make you fly~~~

Wednesday, November 3, 2010

Bergelap...

Salam...

Sy mnta maaf kerana terlewat sehari utk update blog ni. Ini disebabkan takde idea utk meng'update' blog...

Pertama skali,sudah dua hari lampu jalan dihadapan Saad Char Quey Teow tidak menyala.. Jadi,suasana dihadapan kedai agak gelap.. Kasihan kpd pelanggan-pelanggan yg ingin menjamah mkanan mereka, tetapi advantage kpd psangan yg bcinta disebabkan suasana yg romantik.. :-)
Semoga pihak TNB/MBSA mengambil tindakan dengan membaiki lampu disini secepat mungkin...

Yang keduanya, ada seorang sahabat sy bertanya kpd sy tentang shisha, beliau berhasrat utk merasa shisha yg terbaik. Tanpa berfikir panjang dan segan silu, sy mengajak beliau dtg ke Shah Alam utk mncuba shisha di Trio Shisha.. Beliau sanggup datang ke Shah Alam daripada Kajang semata-mata utk merasa shisha disini. Alhamdulillah, berdasarkan feedback yg diberikan, beliau sgt berpuas hati dgn shisha kami dan akan kembali bersama rakan-rakannya dilain hari utk "terbang" di Trio Shisha...

Sekian


We'll make you fly~~~

Monday, November 1, 2010

Off day~~

Salam...


Hari ahad merupakan public holiday dimana kebanyakan pejabat di Malaysia akan bercuti, begitu juga dgn kami. Hari ini kami bercuti untuk memastikan crew kami mendapat rehat secukupnya.

Pada hari ini juga crew Trio Shisha telah berkumpul utk sesi perbincangan di sebuah lokasi sulit di Damansara. Sesi perbincangan ini dihadiri oleh The Boss, Engineer I dan Engineer II..The Cool Boss tidak dapat menghadiri sesi ini disebabkan beberapa urusan yg tidak dpt dielakkan.. Segala isi perbincangan adalah sulit dan tidak dapat di kongsi disini (sebab sy sendiri pun tak taw)...hehe~

Pada esok hari(Isnin) perniagaan kami akan bejalan seperti biasa.


Sekian~


We'll make you fly~~~